Tuesday, 18 November 2014

Frustrated

Sick to have staff without commitment to the office. I really cant accept if my staff always take an emergency leave. Its really effect to the department.

Its not easy to change their attitude for being more responssible to their department. I always try to understand their commitment as a wife or husband or as a mother or father to their childrens...but if the responsible to the family is to much untill their work goes wrong and totally ruine the office....its really unaccepted. Other officer have to cover their job. Just missing without inform. Is it right...

They should understand on what purpose they still working in the deparment. Its all about to support their family..so for the reason they should give full of commitment to the department.

If once a while they need to settle their family matter it is no problem at all. But if to often. What for they still working... better they resign and stay at home....give full commitment to the family. Easier and fair to everybody.

Hopefully this type of person will change their attitude to be more responsible to their office n friends..


Monday, 10 November 2014

When She Told Me Its Difficult

Yesterday my daughter Sya have done History paper. She told me that she answered all the question given but quite difficult because all her spotted  question dosent appeard.

Its ok my dear you have try your best. The past let it be the past...dont bother ok. Just pray to.Allah for the best...

Focuse to the next paper. This two days Sya have no exam.  But shes not feeling well. Dr ask her to go back to the hospital to give her flam sample because they trace she had an infections on her lung. Maybe because her caough took so long to recover.

What to say beacause she wont listen to stop taking ice and get enouhg sleep...

Hopefully she will be fine and fully recover soon.

Thursday, 6 November 2014

KURSUS LAGI

Just arrived at Akademi Imigresen Malaysia attending Bengkel Plan Strategik.

Not sure why they sent me for this programme. Ha ha ha.  Actually my director suppose to attend this course but he refused to. So i have to replace him with honour.

So what else can say ... just attend and try to give full commitment....now i allready here staying one room with my friend also from perak. TPPI Suhairi....

What I dislike is ..i have to left my family at home....hopefully everything is in order...thanks to my beloved wife who always manage very well when im not at home...

Wednesday, 5 November 2014

4th DAY EXAM

Today is the 4th day Syarah SPM for Agama Islam papers. Wish you good luck. May Allah give u the guidence to answer all the question perfectly..love you my dear. Abah amd ummi always pray for you..

Tuesday, 4 November 2014

HARI KETIGA

Third days Sya SPM...today shes sitting for Math Mod paper. Hopefully she can do. I know you can do it my dear. Abah pray teh best for u. InsyaAllah ...

Monday, 3 November 2014

SECOND DAY EXAM

Second day Sya SPM paper English...pray to Allah..may Allah bless you . Always remember Allah. We must know that Allah always be with us. May Allah give you the strenghness...strong mind to remember what you have learned...can answers all the questions correctly....and give you the best....InsyaAllah..

Sunday, 2 November 2014

REZEKI

Percayalah rezeki itu dari Allah. Sesungguhnya hidup ku semata  mata dengan rezeki dari Allah.

Tiada tempat untukku meminta selain Allah. Allah memberi rezeki tanpa batas kepada sesiapa yang dikehendaki.

Sebagai manusia yang berakal kita perlulah memahami tentang hakikat rezeki.

Rezeki tidak sahaja berkisar tentang wang ringgit semata mata. Tapi nyawa juga rezeki, penglihatan juga rezeki, kaki yang melangkah, tangan yang menadah, mulut yang berkata kata, anak-anak yang mengikat tali kasih, air yang diminum walaupun seteguk....semuanya rezeki.

Dengan sebab tu kita perlu mensyukuri setiap rezeki yang di limpahkan pada kita. Setiap orang mempunyai ketentuan rezeki yang berbeza beza. Jadi jangan kita memandang rezeki orang lain dan mengukur sebagai kekurangan rezeki bagi kita. Setiap rezeki itu ada nikmat dan hikmah disebaliknya. Allah memberi rezeki sesuai dengan keperluan hambaNya dalam mendapat keredhoan Nya

Jadi belajarlah mensyukuri nikmat rezeki dan pohonlah kepada Allah akan rezeki yang dikehendaki kerana Allah maha memberi akan rezeki.

SPOIL THE DAY

Hari ni hari Isnin. Semangat untuk bekerja berkobar kobar. Lepas subuh bersiap siap untuk hantar anak kesekolah. Lagipun Sya SPM hari ni. Dengan semangat yang membara menuruni anak tangga menuju ke porch untuk psnaskan engine.

Tiba-tiba....semput. Bukan ana yg semput tapi kereta ana yang semput gara gara bateri lemah...owh no no no....ha ha. What else i can say. Lucky wife still at home. So she taking over sending Sya which going to sit for the exam.

Tq my dear. For helping me sending Syarah to school.

ANAK ABAH EXAM SPM

Tomorrow is the 1st day Sya SPM. Ill pray for you my dear. Hopefully Sya will answer all the questions serenely. Select the best question that you understand and know the answer. Tries your best.

Saturday, 1 November 2014

DEBARAN SEORANG ABAH

Bismillahhirohmanirrohim
Alhamdulillahhirabbilalamin
Wassolatuwassalamuala Asyrofil Ambia Iwal Mursalin Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajmain

YaAllah permudahkanlah urusan anak ku dalam menghadapi SPM. Tenangkanlah dia. Mudahkanlah dia dalam mengingati setiap apa yang dipelajarinya. Berikanlah idea idea yang baik kepadanya ketika menjawab setiap soalan. Cantikkanlah tulisanya supaya mudah difahami. Jauhilah dia dari sifat lupa jauhilah dia dari kecuaian. Angkatlah darjat keimanannya pada Mu dan berilah dia akan kebijaksanaan. Ya Allah redholah akan dia dan berilah dia akan kejayaan baik didunia mahupun akhirat. Sesungguhnya tiadalah daya upaya ku melainkan dengan pertolongan Mu dan sesungguhnya hidup matiku hanya kerana Mu Ya Allah. Kabulkanlah akan doaku..Aaminnnn Ya Rabbal Alamin. Walhamdulillahhirabbialamin

Selamat menghadapi SPM. Semoga anak abah berjaya. Abah sayangkan anak anak abah. InsyaAllah doa abah akan sentiasa bersama sama kalian.

Friday, 31 October 2014

KEBAIKAN DAH KELEMAHAN WANITA BERKERJAYA

Wanita dan kerjaya..sehebat manakah wanita yang bekerjaya. Pada masa kini majoriti wanita mempunyai kerjaya. Apa kah tujuan sebenar wanita berkerjaya.

Bagi wanita bujang tujuan mereka bekerja adalah untuk membantu keluarga serta menampung keperluan diri mereka samada kepeluan asas mahupun kehendak mereka. Ini adalah amat penting sekiranya sesebuah keluarga hanya mempunyai anak perempuan sahaja. Ini tidak timbul masalah kerana mereka masih belum berkahwin dan masih dibawah tanggungjawab ibubapa.

Bagi single mom pula. Mereka perlu mencari rezeki untuk anak anak mereka. Kerana merekalah ibu dan bapa bagi anak mereka. Untuk membesarkan anak anak mereka perlu keluar mencari rezeki walaupun sedikit. Agak bersimpati dengan golongan ibu tunggal ini kerana kebiasaannya hidup mereka agak sukar berbanding wanita yang mempunyai suami. Golongan ini biasa memiliki anak yang tinggi akhlaknya dan berjaya dalam pelajaran kerana mereka akan memberi sepenuh kasih sayang kepada anak mereka biarpun mereka penat bekerja. Golongan ini akan sentiasa berusaha mendekati anak anak mereka walau sesibuk manapun mereka dan sering berbincang masalah dengan anak anak.

Bagi seorang isteri pula berkerjaya pula bukanlah kerana terpaksa. Mereka bekerja lebih kepada untuk memenuhi keperluan mereka. Biasanya golongan inilah yang banyak memusnahkan struktur rumah tangga kerana gagal membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga. Kerana dengan kehadiran suami sebenarnya adalah tiket untuk mereka berada diluar rumah semata. Biasanya anak anak mereka akan terabai apabila si suami juga sibuk dengan kerjaya. Golongan ini sebenarnya orang yang tidak sanggup hidup mengikut kemampuan suami. Mereka sepatutnya lebih utamakan kasih sayang kepada anak anak berbanding kerjaya. Tetapi disebabkan pentingkan diri mereka gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya mereka pikul.

Walaubagaimanapun ada juga sebahagian mereka yg bijak dalam menentukan yang mana lebih utama. Biasa golongan yang bijak ini akan mendapat kebahagiaan yang luar biasa seperti anak anak yang bijak, bertanggungjawab dan sangat mementingkan suasana kekeluargaan. Serta tidak mempunyai masalah yang serius dalam rumah tangga. Golongan ini sentiasa meletakkan kepentingan rumahtangga melebihi kerjaya atau setara. Sanggup berkejar kejar memenuhi kedua dua keperluan. Tiada yg merasa terabai baik majikan , kawan kawan di tempat kerja ataupun keluarga. Golongan ini sanggup memasak untuk keluarga walaupun sibuk atau memastikan keadaan rumah dalam keadaan yang sempurna terutama anak anak.

Bagi mereka yang tidak bijak membahagikan masa dan lebih mementingkan kerjaya mereka akan menghadapi masalah rumahtangga ysng serius. Masalah dari aspek hubungan suami isteri. Masalah perhubungan dengan anak anak yang merasakan kekurangan kasih sayang yang akhirnya meghancurkan rumahtangga serta melahirkan anak anak yang bermasalah. Golongan ini kebiasaanya jarang untuk memasak dirumah. Rumah hanya dianggap tempat untuk mereka berehat serta sering menunjukkan kepenatan yang berlebihan bila pulang ke rumah. Tidur dan bermalas malasan adalah aktiviti rutin bilamana mereka sampai kerumah. Semangat mereka ditinggalkan diluar pintu sejurus menjejak kaki kerumah.

Golongan ini golongan yang amat mementingkan diri. Balik kerumah tidak memandang anak anak sebagai penghibur malah dianggap sebagai beban dan menyusahkan. Manakala suami pula hanya tempat mereka memuaskan nafsu sekiranya mereka yang memerlukan. Inilah diantara punca keruntuhan rumahtangga mereka yg sebenar yang akhirnya mereka meyalahkan si suami atas apa yang berlaku.

Golongan wanita seperti ini kita akan lihat bahawa mereka golongangan yang sangat boros. Mementingkan penampilan yang luarbiasa anggun ketika diluar sering mengharap pujian kawan kawan dan sanggup menghabiskan duit yang banyak untuk kecantikan. Bila berada bersama sama kawan atau berada di tempat kerja mereka langsung tidak berfikir tentang masalah keluarga.

Bila mereka dirumah mereka bukanlah orang rajin untuk mengemas atau memasak. Jika pulang mereka hanya tahu membebel dan memarahi anak yang telah menyemakkan rumah dan tidak pandai dalam pelajaran tanpa mereka sedari.merekalah punca permasalahan. Cara memancing hati anak anak hanya dengan wang ringgit yang akhirnya tidak pernah cukup sebab tiada keberkatan. Anak anak akan mula menyimpan perasaan marah dan dendam yang akhirnya menyusahkan mereka kembali.

Wahai kaum ibu yang berkerjaya renung-renungkanlah. Cubalah meletakkan walau tidak lebih sekurang kurangnya setara dengan komitment anda di tempat kerja. Ingatlah anak anak memerlukan belaian dan kasih sayang seorang ibu yang ikhlas untuk membesar menjadi anak yang bijak, berhemah dan bertanggungjawab.

Jangan sesekali menyesal kalau anak anda tidak menghormati anda kerana anak memerlukan anda untuk  membentuk keperibadian mereka. Tiadalah nilai seorang ibu tanpa kasih sayang yang ikhlas kepada anak anak.

PERINGATAN DIRI SENDIRI

Everybody talk about to create muslim country n use the Islamic Law....its must and no compromise..for those who responsible to make it workable ..its your resposibility as a leader of this beautifull country.....

But...in the same time im not sure about the percentage of our muslim people in this beautifull country that really support and try hard to make it happened.

Because most of muslim in our country still not practising muslim life in a propper way...even though we was born as muslim ...we never use Islam in the way of life....

Its so clear that we can see arround us nowdays expecially...most of us never pray on time...for man where are we when azan was performed...have we recite quran in a propper way...for women how many of our muslim ladies covered their hair...and what about our female artist...how many of us still listening to the music or watch movies and drama...watching concerts and more and more things that very cleard haram in Islam.....

For all the above situasion that happened in Malaysia. Im keep asking my self...if as a muslim also we never practising Islam in our life and not afraid of Allah Laws how come other religeous want to respect us as a Muslim. Its easy for them to object us in many ways to create an Islam Country under the Islamic Law..

All my muslim brothers and sisters lets check our own self wether we being a good muslim or not.....so do I...

Dont wait untill government force u to be a good muslim...shows your sicerity....your true love to our religeous Islam......from now on....

Assalamualaikum.....

Thursday, 30 October 2014

BERITA KEMATIAN

Today get news from Pak Cik Zaki that her sister in law has passed away at 1.45 pm...at the Taiping Hospital.. Innalillahiwainnailaihirojiun

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh..
Arwah meninggal diusia 75 tahun.

Demikianlah ajal...tidak akan tercepat atau terlambat bilamana Allah memerintahkan malaikatul maut mencabut nyawa hambaNya.

Sebagai manusia yang masih diberikan tempoh dalam menjalani kehidupan ambillah pengajaran dari setiap kematian yang berlaku.

Sesungguhnya mati itu pasti. Berdoalah kepada Allah supaya matinya kita dalam keadaan Husnul Khatimah..yakni sebaik baik kematian yang penuh dengan keimanan.

Manusia takkan lari dari berbuat dosa...mohonlah kepada Allah supaya setiap dosa yang dilakukan diampunkan.....serta bertaubatlah dengan sebenar benar taubat...yakni taubatan Nasuha...

~Wassalam~

Wednesday, 29 October 2014

SIAPA YANG TAK BUAT KEJE

Today a list of new post for the department have released. All branches and headquarters have been upgraded to the higher grade for the officer incharge plus created a numbers of new post to the office.

But....im very dissapointed after i saw the list....very stupid for those who not doing their job correctly because our office only get one changes... they upgraded to the higher grade for the incharge..its good... but totally no escalation for a numbers of staff...

We have fight for a long time to the department to increase the number of staff here.. we done the paperwork...everytimes in the meeting we spoke loud to mentioned our needs... finally its still the same... i cant imagine since 1985 untill now 2014 the numbers of staff never increase ... its not practical anymore for strenght of 8 person to handle the work load after almost 30 years.... so whos the stupid person will take the responsible for all this failure.... for me personally i will blame our state director .. honestly his the person wasnt do his job correctly and very feckless... his not competent to sit on his position..

NAMAKU TERPAHAT

Sebagai tanda ingatan dan kenangan bila nama terpahat tq Abah dan Mak yang banyak memberi semangat dan tunjuk ajar untuk anak mak dan abah mencipta kejayaan dalam hidup...

Tuesday, 28 October 2014

SKETSA SEORANG PELAJAR

Aku: Assalamualaikum

Dia:Waalaikumsalam

Aku:Kenapa aku susah nak hafal pelajaran ye

Dia:Bila kau hafal

Aku:Kenapa aku tak dapat A ye dlm exam

Dia:Eh ...mmng ko tak nak A punkan ..klu nak A mesti ko pulun..

Aku: Kenapa aku tak dapat masuk universiti

Dia: Ko bukan tak layak ke masuk universiti

Aku:Kenapa aku jadi macai je

Dia:Bukan sbb ko x de pilihan ke...

Aku:Boleh ke aku nak undur masa

Dia:Soalan ko mmng tak boleh blah patutla ko mcm sekarang...

Aku:Puncanya kenapa

Dia:Puncanya diri ko sendirila

Aku:Rupanya semua silap aku sendiri...akula punca masalah pada diri aku....hu hu hu...
Diam tak diam dah tua dah aku dlm angan angan....rupanya aku gagal dalam hidup aku...

Dia: Nasib la aku x mcm ko dulu....Nah ambik 10 ringgit ni buat beli top up...he he kan dulu masa sekolah ko suka top up dari belajar...

Aku::-(:-(:-(

***MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA****

LARANGAN DERHAKA PADA IBUBAPA

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras.” (Sunan al-Nasai')

Amalan Yang Kekal

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Bersabda Rasulullah s.a.w.

“Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis sahih riwayat Muslim)

Saturday, 27 September 2014

TANGGUNGJAWAB ANAK PADA IBU BAPA

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya:

"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."

Riwayat al-Hakim

Huraian :

Pengajaran hadis:

i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.

ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.

v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia.

Wednesday, 3 September 2014

KOLEKSI DOA KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS

Koleksi Kuliah Ustaz Azhar Idrus Jul 23 ·

BACALAH DENGAN NADA YANG SEDIH.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Ampunkan dosa kami yang masih tersisa walau sebesar zarrah atau sebesar atom atau sebanyak buih di lautan dan pepasir di pantai.

Ya Allah ampunkan seorang wanita yg engkau kurniakan dlm hidup kami, wanita itu telah mengandungkan kami 9 bulan 10 hari, wanita itu ibu kami, ampunkan ibu kami yg telah melahirkan kami dgn darah dan air matanya.

Ya Allah, ampunkan ibu kami yg telah menyusukan kami ketika kami lapar dan dahaga ketika masih bayi, ampunkan ibu kami yg memeluk kami ketika ketakutan.

Ya Allah, ampunkan ibu yg tidak boleh tidur malam kerana mendodoikan kami. Ya Allah, ampunkan ibu kami yg selalu menyuapkan kami dgn tangannya yg mulia. Ampunkan ibu yg menutup aurat kami ketika terdedah aib kami. Ampunkan ibu kami yg mengangkat kami ketika jatuh bertatih ketika kami kecil. Ampunkan ibu yg memakaikan kasut dan membasuh najis kami tanpa sepatah kata jijik.

Ya Allah dgn berkat ramadhan, andai kami diberi peluang lagi utk pulang ke rumah utk bertemu dgn ibu kami ya Allah. Agar kami dapat memeluk tubuhnya yg pernah mengandungkan kami ya Allah. Untuk mencium tangannya yg mulia yg selalu menyuapkan makanan kpd kami. Berilah peluang kpd kami utk dapat mencium dahi, pipi dan matanya.

Ya Allah, kami memohon keampunan atas segala dosa2 kami. Dengan berkat keampunan itu, engkau sudi menerima solat kami, puasa kami, zakat kami, haji/umrah kami, kerana tanpa redha ibu, engkau akan tolak semuanya. Ya Allah, kerana engkau telah maktubkan di dalam firmanMu surah Isra ayat 23-24 dan sabda Rasulullah saw : redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan murka Allah terletak pada murka ibu bapa. Hanyasanya kami kurang memahami maksud firmanmu dan hadis itu ya Allah. Andai ibu sudah engkau jemput bersamaMu, sudikanlah kami utk datang ke kuburnya. Sinarkan kuburnya dgn nur cahayaMu ya Allah. Hadirkan bau2an syurgamu di dlm kubur ibu kami sementara datangnya hari kiamat.

Ya Allah muliakanlah ibu kami dan golongkanlah ibu di kalangan para solihin.

Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkan seorang lelaki yg bergelar ayah. Dialah yg menyambut kami ketika dilahirkan, dialah yg mendukung kami dan mengazankan kami, lalu dia mengajar kami kalimah Lailahaillallah Muhammad Rasulullah berulangkali ketika kami diazankan.

Ya Allah, ayah itu tersenyum dgn linangan air matanya, Ya Allah kerana tangisannya jatuh terlebih dahulu sebelum tangisan ibu. Ketika ibu menderita melahirkan anak, dia lah yg berdoa memohon kemudahan kepadaMu ya Allah. Dgn doanya "Ya Allah ya Tuhanku yg menguasai jiwaku, jika perlu dikorbankan nyawaku, maka ambil lah nyawaku dan selamatkanlah isteri dan anak2ku."

Inilah jasa seorang ayah yg kami tidak tahu ya Allah, air matanya yg dirahsiakan, kesetiaannya yg disembunyikan, yg hanya ditunjuk wajahnya yg tegas ya Allah, suaranya tidak lagi kedengaran ketika sahur dan subuh kali ini.

Jika kami diberi peluang lagi ya Allah, maka berikanlah kpd kami kesempatan utk pulang ke kampung halaman utk memohon keredhaan dan kemaafannya.

Ya Allah, kami ingin mencium tangannya yg keras kerana berpenat lelah mencari rezeki, mengusap kakinya yg banyak berjasa, memeluk tubuh yg pernah menggendong kami, Ya Allah, mengusap dahi kepalanya yg selalu difikirkan apa yg terbaik utk kami.

Hari ini baru kami mengerti ya Allah, setelah engkau jadikan kami seorang ayah. Mudah2han pengertian itu belum terlewat lagi ya Allah, utk kami perbetulkan kesilapan dan kealpaan kami. Ya Allah Ya Arhama Rahimin.

Andai ayah sudah engkau jemput bersamaMu, permudahkanlah sakaratul mautnya. Pindahkan dari kesempitan gelap gelita kubur itu kpd taman2 syurgaMu yg luas dan indah dan nikmat yg kekal abadi.

Anak2 kami Ya Allah,

Jadikanlah mereka anak yg soleh dan solehah, musleh dan muslehah, elokkanlah mereka dgn ketaatan dan aqidah yg benar dgn syariat yg diamalkan semuanya, dgn akhlak yg mulia demi menjaga maruah agama, bangsa, dan keluarga.

Ya Allah, sudikanlah mereka memandikan kami di saat kami tidak mampu lagi menggosok tubuh badan kami.

Ya Allah, sudikanlah mereka memakaikan pakaian kpd kami, ya Allah, sudikanlah mereka utk menjadi imam solat jenazah kami.

Ya Allah, sudikanlah mereka turun ke liang lahad utk mengebumikan kami, ya Allah, membaringkan kami dgn penuh sopan dan lemah lembut sepertimana dahulu kami meletakkan mereka di dalam buaian. Itu anak2 kami buah hati kami ya Allah. Kami jaga mereka dgn kasih sayang ya Allah.

Ampunkanlah dosa anak2 kami dan bantulah urusan mereka di dunia dan di akhirat.

Like · Comment · Share

903 people like this.

Wednesday, 13 August 2014

Musibah Kesusahan

MUSIBAH DAN KESUSAHAN

Sebagai manusia kita tak lari dari musibah kesusahan. Pelbagai dugaan yang kita hadapi didunia dalam menuju ke alam yang kekal abadi yakni alam akhirat.

Sebagai manusia dan hambaNya jadikan kesusahan itu sebagai iktibar dan pengajaran untuk mengingatkan kita akan kekuasaan Allah. Sesungguhnya tiada daya upaya kita dengan pertolongan Allah.

Tetapkan iman sentiasa mengingati Allah S.W.T dan ambillah musibah itu sebagai petunjuk bagi mengangkat darjat keimanan disisi Allah S.W.T

Jangan sesekali terpesong aqidah kita hanya kerana musibah kesusahan yang diterima. Banyakkan ibadah perbanyakkan istighfar, bertasbih dan berdoa pada Allah sesungguhnya Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Disini ingin saya berkongsi sedikit Ilmu atau petunjuk yang difirmankan oleh Allah dalama Al-Qur'an yang saya perolehi dan disediakan oleh Abu Ahmad Zaim Bukhary terjemahan Al-Qur'an oleh Syeikh Abdullah Basmeih.

Diantara ayat yang memberi.petunjuk akan musibah keausahan ini iaitu:

Al Baqarah Ayat 214
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, sera digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah(datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)

Al 'Ankabut Ayat 1-2
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang orang yang terdahulu daripada mereka, maka(dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang orang yang sebenar benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang orang yang berdusta.

An Nisa' Ayat 79
Apa jua kebaikan(nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari(kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau(wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul(yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi(yang membuktikan kebenaran hakikat ini)

Ma'arij Ayat 19-20
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(lagi bakhil kedekut);- Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;

Al Isra' Ayat 83
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serya menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia beputus asa.

Al Hajj Ayat 11
Dan ada diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula(kepada kekufurannya).(Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.

BAGAIMANA MENGHADAPI KESUSAHAN

Al Baqarah Ayat 156-157
(Iaitu) orang orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang orang yang dilimpahi dengan berbagai bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang orang yang dapat petunjuk hidayahNya

Tagabun Ayat 11
Tidak ada kesusahan(atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan(ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.

Shura Ayat 30
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan(atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan(dari perbuatan perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa dosa kamu

Al Insyiroh Ayat 5-6
Oleh itu, maka(tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan.

At Talaq Ayat 7
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan seaiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan

GATAL GATAL BADAN

Assalamualaikum w.b.t..

Saya nak share sikit tengtang petua gatal gatal badan. Ada sesetengah orang yang sangat sensitif kulitnye. Silap sikit je sama ada alergi pada makanan atau habuk maupun peluh akan menyebabkan kulit naik berbiji biji dan terasa gatal.

Ni ada petua tradisional yang nak dikongsi dan memang mujarab. Sebab saya dah amalkan..setiap kali berlaku saya akan gunakan kaedah ni . Memang berkesan.

Caranya guna limau purut atau limau nipis sebagai ganti sabun ketika mandi...mmm terbaik setakat ni. Bukan sahaja gatal gatal hilang tetapi badanpun tak berbau...

Selamat mencuba..

AKU DAN GASTRIK

Gastrik ..tak tertanggung rasanya...hari ni dah masuk seminggu aku sakit dada gara gara gastrik...rasa mcm kena serangan jantung....klinik dah pi...ubat dah makan ...keadaan masih sama...sampai tangan rasa sengal sengal..

Semoga Allah menghilangkan rasa sakit yang aku rasa..Alhamdulillah apapun tetap bersyukur..kerana dengan kesakitan lebih mendekatkan aku pada Pencipta...yakni Allah S.W.T

Tuesday, 12 August 2014

VIDEO UNTUK ISTERI TERCINTA

VIDEO NI AKU BUAT SEBAGAI HADIAH UNTUK ISTERI TERCINTA. TERLALU BANYAK SUSAH SENANG YANG TELAH DI LALUI BERSAMA. HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI AKAN APA YANG TELAH KAMI LALUI BERSAMA.... SAYANG YANG...KENANG DAKU DALAM DOAMU

PERJALANAN SEORANG HAMBA KE TANAH HARAM..PERJALANAN YANG PENUH DENGAN AIR MATA

Banggakah Kita Menjadi Ketua

Ramai orang yang berbangga menjadi seorang ketua atau boss. Tapi untuk menjadi seorang ketua ni tidaklag mudah. Kita bukan sahaja di pertanggungjawabkan dengan urusan dunia tetapi juga dengan urusan akhirat.

Setiap apa yang berada di bawah tanggungjawab kita akan dipersoalkan mungkin kita telah berjaya mentadbir urusan dunia tapi berjayakah kita mentadbir sebagai bekalan di akhirat...

Ramai yang mengejar pangkat dan darjat dunia tanpa menghiraukan ketinggian darjat disisi Allah S.W.T.

Sebagai ketua kita selalu berusaha meningkatkan prestasi kerja orang bawahan kita.dengan arahan arahan yang begitu membebankan contohnya bekerja pada masa cuti. Bekerja hingga lewat malam. Pernahkah kita fikir tentang tanggungjawab lain yang orang bawahan kita perlu laksanakan sebagai hamba Allah. Tanggungjawab ibu dan bapa pada seorang anak..tanggungjawab isteri.kepada suami tanggungjawab suami kepada isteri..tanggungjawab anak kepada ibu dan bapa..kalau berlakunya kepincangan didalam urusan itu,...kerana kita seorang ketua maka kitalah yang akan dibpertanggungjawabkan kelak.

Begitu juga urusan orang bawahan kita dengan Allah s.w.t. Pernahkah kita memberi kelapangan kepada mereka untuk beribadah. Pernahkah kita tetapkan untuk mereka bersolat tepat pada waktunya..atau kita membebankan lagi mereka dengan.urusan.dunia bilamasa mereka sepatutnya bersolat...

Begitulah besarnya tanggubgjawab kita sebagai ketua..tak mudah..tapi sering dianggap mudah..kerana kita leka dengan urusan dunia ...

Fikir fikirkanlah sama ada kita telah bersedia untuk menjadi seorang ketua yang baik di sisi Allah.

ANAK ANAK ABAH

Anak anak semasa berumur 5 tahun

Mak Cik Asmah Sakit

Pukul 11 tadi dapat call dari kawan bagi tau mak dia sakit di Batu Kurau. Sakit perut katanya dan nak dibawa ke hospital. Tanpa lengah terus bersiap utk bantu apa yg boleh. Bg tau wife kata nak ke hospital...dan pinjam kereta wife..ehem ehem maklumlah kereta aku petrol tak isi...tak pe wife tak kisahpun....sbb dia memang memahami...so tanpa lengah terus kehospital Taiping menunggu. Sampai je Faiz dgn mak cik aku terus ambil kerusia roda utk bawa masuk.. mak cik nampak sakit sangat....aku tolong bawa utk pemeriksaan dan pas tu aku tolong register...tunggu Dr lama betul utk panggil sbb dah ikut zon kritikal... Dr check suspect kencing kotor..diminta utk ambil sampel urine..akupun tolak mak cik pi ambil sampel urine dan hantar mak cik untuk cucuk voltarone..ubat tahan sakit...pas tu aku bagi mak cik baring di katil dan hantat sampel ke makmal...tunggu.sampai.dapat result..dah dapat result bawak berjumpa Dr..Dr suruh bawak mak cik.sekali..pi ambik mak cik di katil dengan kerusi.roda bawa jumpa Dr..Alhamdulillah keputusan.negative...so Dr still bg ubat set utk kencing kotor sbb tanda tanda sakit mcm kencing kotor...selesai ambil ubat aku bawa mak cik keluar dan minta Faiz tunggu di luar dengan kereta...selesai semua puk 2.22 pagi..aku terus balik umah....semoga mak cik sembuh..InsyaAllah..harap dapat tdo lah ye aku ni....dah pukul 2.55.am masa aku selesai menulis...

Masih Selamatkah Kita di Bumi Malaysia

Malaysia kini lantang memboikot barangan Israel...pelbagai cara digunakan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia menyedari kepentingan memboikot barangan Israel bagi membantah serangan Israel keatas Palestine yang telah mengorbankan banyak nyawa yang tak berdosa di bumi Palestine. Aku juga secara langsung dan tidak langsung memboikot barangan Israel diantaranya Mc Donald
Dalam melancarkan kempen memboikot ni ada juga manusia yang tak berakal dengan mencetuskan keganasan sampai meludah pekerja yang bekerja di syarikat syarikat berkaitan dan ada juga yang sampai membakar bendera Israel...bagi aku cara menjatuhkan sesebuah negara ada pelbagai cara dan tak semestinnya melalui keganasan... memboikot sudah cukup bagi kita di Malaysia untuk melumpuhkan ekonomi Irael..itupun dikira jihad...berdoa juga senjata orang mukmin dalam menentang kezaliman...tapi susah nak membuka minda sesama manusia berkaitan perkara ni....walaupun mcm tu satu ja yang bermain dalam kotak fikiran aku sekarang...selamatkah lagi bumi Malaysia ni...persiapan untuk peperangan perlu dibuat dari sekarang kerana Malaysia bukan sahaja related menjadi kemarahan Israel tapi juga golongan Syiah di Syria kerana dlm masa yang sama Malaysia juga terlibat dengan penentangan terhadap rejim Basyar di Syria yang membabitkan pembunuhan Ahlil Sunnah  oleh golongan Syiah...

Kini Malaysia telah meletakkan negara dlm zon permusuhan dengan Israel dan Syiah...kedua dua musuh ini secara nyata memang berada dekat dengan negara kita kerana Singapore adalah penyokong kuat Israel dab bersedia pada bila bila masa untuk menyerang Malaysia secara langsung atau tidak langsung...manakala golongan Syiah pula memang sedia ada di dalam negara dan mereka sentiasa dalam keadaan sedia untuk merampas pentadbiran negara bagi meluaskan pengaruh Syiah...bagi mereka darah Ahli Sunnah adalah halal di tumpahkan

Sebagai rakyat Malaysia aku tak dapat menipu diri aku bahawa aku utk mengatakan aku tak fikir akan berlaku peperangan di Malaysia dlm jangkamasa yang tak lama. Harap kita sudah mampu dan bersedia utk menghadapi situasi tersebut...

InsyaAllah jihad tetap jihad...jihad kerana Allah S.W.T...harap umat Islam di Malaysia tidak lagi leka dengan huburan semata mata..bukalah minda....bersiap siagalah...demi agama dan negara...kerana dunia dah di penghujung...

Wajah wajah Ku

Wajah wajah ku bilamana meniti usia tua...

Perjalanan Seorang Hamba

Bersama sahabat baikku berbual di anjung rumah bercerita tentang kehidupan...mengakui akan kebesaran.Allah atas setiap setiap ketentuan...