Percayalah rezeki itu dari Allah. Sesungguhnya hidup ku semata mata dengan rezeki dari Allah.
Tiada tempat untukku meminta selain Allah. Allah memberi rezeki tanpa batas kepada sesiapa yang dikehendaki.
Sebagai manusia yang berakal kita perlulah memahami tentang hakikat rezeki.
Rezeki tidak sahaja berkisar tentang wang ringgit semata mata. Tapi nyawa juga rezeki, penglihatan juga rezeki, kaki yang melangkah, tangan yang menadah, mulut yang berkata kata, anak-anak yang mengikat tali kasih, air yang diminum walaupun seteguk....semuanya rezeki.
Dengan sebab tu kita perlu mensyukuri setiap rezeki yang di limpahkan pada kita. Setiap orang mempunyai ketentuan rezeki yang berbeza beza. Jadi jangan kita memandang rezeki orang lain dan mengukur sebagai kekurangan rezeki bagi kita. Setiap rezeki itu ada nikmat dan hikmah disebaliknya. Allah memberi rezeki sesuai dengan keperluan hambaNya dalam mendapat keredhoan Nya
Jadi belajarlah mensyukuri nikmat rezeki dan pohonlah kepada Allah akan rezeki yang dikehendaki kerana Allah maha memberi akan rezeki.
No comments:
Post a Comment