Wanita dan kerjaya..sehebat manakah wanita yang bekerjaya. Pada masa kini majoriti wanita mempunyai kerjaya. Apa kah tujuan sebenar wanita berkerjaya.
Bagi wanita bujang tujuan mereka bekerja adalah untuk membantu keluarga serta menampung keperluan diri mereka samada kepeluan asas mahupun kehendak mereka. Ini adalah amat penting sekiranya sesebuah keluarga hanya mempunyai anak perempuan sahaja. Ini tidak timbul masalah kerana mereka masih belum berkahwin dan masih dibawah tanggungjawab ibubapa.
Bagi single mom pula. Mereka perlu mencari rezeki untuk anak anak mereka. Kerana merekalah ibu dan bapa bagi anak mereka. Untuk membesarkan anak anak mereka perlu keluar mencari rezeki walaupun sedikit. Agak bersimpati dengan golongan ibu tunggal ini kerana kebiasaannya hidup mereka agak sukar berbanding wanita yang mempunyai suami. Golongan ini biasa memiliki anak yang tinggi akhlaknya dan berjaya dalam pelajaran kerana mereka akan memberi sepenuh kasih sayang kepada anak mereka biarpun mereka penat bekerja. Golongan ini akan sentiasa berusaha mendekati anak anak mereka walau sesibuk manapun mereka dan sering berbincang masalah dengan anak anak.
Bagi seorang isteri pula berkerjaya pula bukanlah kerana terpaksa. Mereka bekerja lebih kepada untuk memenuhi keperluan mereka. Biasanya golongan inilah yang banyak memusnahkan struktur rumah tangga kerana gagal membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga. Kerana dengan kehadiran suami sebenarnya adalah tiket untuk mereka berada diluar rumah semata. Biasanya anak anak mereka akan terabai apabila si suami juga sibuk dengan kerjaya. Golongan ini sebenarnya orang yang tidak sanggup hidup mengikut kemampuan suami. Mereka sepatutnya lebih utamakan kasih sayang kepada anak anak berbanding kerjaya. Tetapi disebabkan pentingkan diri mereka gagal dalam melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya mereka pikul.
Walaubagaimanapun ada juga sebahagian mereka yg bijak dalam menentukan yang mana lebih utama. Biasa golongan yang bijak ini akan mendapat kebahagiaan yang luar biasa seperti anak anak yang bijak, bertanggungjawab dan sangat mementingkan suasana kekeluargaan. Serta tidak mempunyai masalah yang serius dalam rumah tangga. Golongan ini sentiasa meletakkan kepentingan rumahtangga melebihi kerjaya atau setara. Sanggup berkejar kejar memenuhi kedua dua keperluan. Tiada yg merasa terabai baik majikan , kawan kawan di tempat kerja ataupun keluarga. Golongan ini sanggup memasak untuk keluarga walaupun sibuk atau memastikan keadaan rumah dalam keadaan yang sempurna terutama anak anak.
Bagi mereka yang tidak bijak membahagikan masa dan lebih mementingkan kerjaya mereka akan menghadapi masalah rumahtangga ysng serius. Masalah dari aspek hubungan suami isteri. Masalah perhubungan dengan anak anak yang merasakan kekurangan kasih sayang yang akhirnya meghancurkan rumahtangga serta melahirkan anak anak yang bermasalah. Golongan ini kebiasaanya jarang untuk memasak dirumah. Rumah hanya dianggap tempat untuk mereka berehat serta sering menunjukkan kepenatan yang berlebihan bila pulang ke rumah. Tidur dan bermalas malasan adalah aktiviti rutin bilamana mereka sampai kerumah. Semangat mereka ditinggalkan diluar pintu sejurus menjejak kaki kerumah.
Golongan ini golongan yang amat mementingkan diri. Balik kerumah tidak memandang anak anak sebagai penghibur malah dianggap sebagai beban dan menyusahkan. Manakala suami pula hanya tempat mereka memuaskan nafsu sekiranya mereka yang memerlukan. Inilah diantara punca keruntuhan rumahtangga mereka yg sebenar yang akhirnya mereka meyalahkan si suami atas apa yang berlaku.
Golongan wanita seperti ini kita akan lihat bahawa mereka golongangan yang sangat boros. Mementingkan penampilan yang luarbiasa anggun ketika diluar sering mengharap pujian kawan kawan dan sanggup menghabiskan duit yang banyak untuk kecantikan. Bila berada bersama sama kawan atau berada di tempat kerja mereka langsung tidak berfikir tentang masalah keluarga.
Bila mereka dirumah mereka bukanlah orang rajin untuk mengemas atau memasak. Jika pulang mereka hanya tahu membebel dan memarahi anak yang telah menyemakkan rumah dan tidak pandai dalam pelajaran tanpa mereka sedari.merekalah punca permasalahan. Cara memancing hati anak anak hanya dengan wang ringgit yang akhirnya tidak pernah cukup sebab tiada keberkatan. Anak anak akan mula menyimpan perasaan marah dan dendam yang akhirnya menyusahkan mereka kembali.
Wahai kaum ibu yang berkerjaya renung-renungkanlah. Cubalah meletakkan walau tidak lebih sekurang kurangnya setara dengan komitment anda di tempat kerja. Ingatlah anak anak memerlukan belaian dan kasih sayang seorang ibu yang ikhlas untuk membesar menjadi anak yang bijak, berhemah dan bertanggungjawab.
Jangan sesekali menyesal kalau anak anda tidak menghormati anda kerana anak memerlukan anda untuk membentuk keperibadian mereka. Tiadalah nilai seorang ibu tanpa kasih sayang yang ikhlas kepada anak anak.
Thanks for the person who write this karangan.Because it have give me a good karangan and got some same with my family
ReplyDelete