Tuesday, 12 August 2014

Banggakah Kita Menjadi Ketua

Ramai orang yang berbangga menjadi seorang ketua atau boss. Tapi untuk menjadi seorang ketua ni tidaklag mudah. Kita bukan sahaja di pertanggungjawabkan dengan urusan dunia tetapi juga dengan urusan akhirat.

Setiap apa yang berada di bawah tanggungjawab kita akan dipersoalkan mungkin kita telah berjaya mentadbir urusan dunia tapi berjayakah kita mentadbir sebagai bekalan di akhirat...

Ramai yang mengejar pangkat dan darjat dunia tanpa menghiraukan ketinggian darjat disisi Allah S.W.T.

Sebagai ketua kita selalu berusaha meningkatkan prestasi kerja orang bawahan kita.dengan arahan arahan yang begitu membebankan contohnya bekerja pada masa cuti. Bekerja hingga lewat malam. Pernahkah kita fikir tentang tanggungjawab lain yang orang bawahan kita perlu laksanakan sebagai hamba Allah. Tanggungjawab ibu dan bapa pada seorang anak..tanggungjawab isteri.kepada suami tanggungjawab suami kepada isteri..tanggungjawab anak kepada ibu dan bapa..kalau berlakunya kepincangan didalam urusan itu,...kerana kita seorang ketua maka kitalah yang akan dibpertanggungjawabkan kelak.

Begitu juga urusan orang bawahan kita dengan Allah s.w.t. Pernahkah kita memberi kelapangan kepada mereka untuk beribadah. Pernahkah kita tetapkan untuk mereka bersolat tepat pada waktunya..atau kita membebankan lagi mereka dengan.urusan.dunia bilamasa mereka sepatutnya bersolat...

Begitulah besarnya tanggubgjawab kita sebagai ketua..tak mudah..tapi sering dianggap mudah..kerana kita leka dengan urusan dunia ...

Fikir fikirkanlah sama ada kita telah bersedia untuk menjadi seorang ketua yang baik di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment