Wednesday, 15 April 2015

Tawaran IPTS Sya

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menulis di blog ni...hari ni nak berkongsi pengalaman mengenai pengalaman anak pertama aku yang telah memperolehi keputusan SPM 2014 pada Mac 2015..
Alhamdulillah aku bersyukur bila result SPM Sya keluar. Walaupun tidaklah secemerlang mana tapi cukup untuk beliau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi

Sebagai bapa akulah diantara orang yang paling risau memikirkan tempat untuk anak sulung aku ni sambung belajar. Apa sahaja yang aku tau akan aku mohon baik IPTA melalui UPU ataupun IPTS.

Diantara IPTS yang aku mohon MMU, UNIKL, KPTM, KUIS, KUISAS, UNICAM, IPB dan banyak lagi. Sampai macam tu sekali sebab ni pengalaman pertama aku untuk anak sulung. Semua IPTS tu aku buat research.

Setiap IPTS yang ada mempunyai kelebihan dan kekurangan masing masing.  Bila semua permohonan dibuat boleh dikatakan kesemuanya dapat jawapan yang positif dengan penawaran kemasukan...Anak aku lebih meminati IT manakala aku lebih meminati akaun. So bila difikirkan baik aku ikut je minat dia sebab dia yang nak study. Kalau ikut minat aku dah tentu aku akan musnahkan impian dia...

So dalam banyak banyak IPTS anak aku lebih  berminat dengan KUIS. Akupun setuju je...bagi aku KUIS tak kurang hebatnya terutama kepada pelajar muslim sebab disitu bukan sahaja pelajar akan memperolehi segulung ijazah tapi KUIS amat menitik beratkan sahsiah pelajar muslim.

Jadi buat masa ni aku masih kekal sepakat dengan anak aku dan isteri untuk ke KUIS. IPTA UPU masih belum ada keputusan . Kalau pilihan anak berubah aku akan terima jelah untuk masa depan dia sendiri. So pada sesapa nak apply KUIS boleh ke website KUIS http://www.kuis.edu.my

No comments:

Post a Comment