Wednesday, 13 August 2014

Musibah Kesusahan

MUSIBAH DAN KESUSAHAN

Sebagai manusia kita tak lari dari musibah kesusahan. Pelbagai dugaan yang kita hadapi didunia dalam menuju ke alam yang kekal abadi yakni alam akhirat.

Sebagai manusia dan hambaNya jadikan kesusahan itu sebagai iktibar dan pengajaran untuk mengingatkan kita akan kekuasaan Allah. Sesungguhnya tiada daya upaya kita dengan pertolongan Allah.

Tetapkan iman sentiasa mengingati Allah S.W.T dan ambillah musibah itu sebagai petunjuk bagi mengangkat darjat keimanan disisi Allah S.W.T

Jangan sesekali terpesong aqidah kita hanya kerana musibah kesusahan yang diterima. Banyakkan ibadah perbanyakkan istighfar, bertasbih dan berdoa pada Allah sesungguhnya Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Disini ingin saya berkongsi sedikit Ilmu atau petunjuk yang difirmankan oleh Allah dalama Al-Qur'an yang saya perolehi dan disediakan oleh Abu Ahmad Zaim Bukhary terjemahan Al-Qur'an oleh Syeikh Abdullah Basmeih.

Diantara ayat yang memberi.petunjuk akan musibah keausahan ini iaitu:

Al Baqarah Ayat 214
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan(kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, sera digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah(datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat(asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)

Al 'Ankabut Ayat 1-2
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji(dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang orang yang terdahulu daripada mereka, maka(dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang orang yang sebenar benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang orang yang berdusta.

An Nisa' Ayat 79
Apa jua kebaikan(nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari(kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau(wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul(yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi(yang membuktikan kebenaran hakikat ini)

Ma'arij Ayat 19-20
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(lagi bakhil kedekut);- Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;

Al Isra' Ayat 83
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serya menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia beputus asa.

Al Hajj Ayat 11
Dan ada diantara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula(kepada kekufurannya).(Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.

BAGAIMANA MENGHADAPI KESUSAHAN

Al Baqarah Ayat 156-157
(Iaitu) orang orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang orang yang dilimpahi dengan berbagai bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang orang yang dapat petunjuk hidayahNya

Tagabun Ayat 11
Tidak ada kesusahan(atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan(ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.

Shura Ayat 30
Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan(atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan(dari perbuatan perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa dosa kamu

Al Insyiroh Ayat 5-6
Oleh itu, maka(tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan.

At Talaq Ayat 7
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan seaiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan

GATAL GATAL BADAN

Assalamualaikum w.b.t..

Saya nak share sikit tengtang petua gatal gatal badan. Ada sesetengah orang yang sangat sensitif kulitnye. Silap sikit je sama ada alergi pada makanan atau habuk maupun peluh akan menyebabkan kulit naik berbiji biji dan terasa gatal.

Ni ada petua tradisional yang nak dikongsi dan memang mujarab. Sebab saya dah amalkan..setiap kali berlaku saya akan gunakan kaedah ni . Memang berkesan.

Caranya guna limau purut atau limau nipis sebagai ganti sabun ketika mandi...mmm terbaik setakat ni. Bukan sahaja gatal gatal hilang tetapi badanpun tak berbau...

Selamat mencuba..

AKU DAN GASTRIK

Gastrik ..tak tertanggung rasanya...hari ni dah masuk seminggu aku sakit dada gara gara gastrik...rasa mcm kena serangan jantung....klinik dah pi...ubat dah makan ...keadaan masih sama...sampai tangan rasa sengal sengal..

Semoga Allah menghilangkan rasa sakit yang aku rasa..Alhamdulillah apapun tetap bersyukur..kerana dengan kesakitan lebih mendekatkan aku pada Pencipta...yakni Allah S.W.T

Tuesday, 12 August 2014

VIDEO UNTUK ISTERI TERCINTA

VIDEO NI AKU BUAT SEBAGAI HADIAH UNTUK ISTERI TERCINTA. TERLALU BANYAK SUSAH SENANG YANG TELAH DI LALUI BERSAMA. HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI AKAN APA YANG TELAH KAMI LALUI BERSAMA.... SAYANG YANG...KENANG DAKU DALAM DOAMU

PERJALANAN SEORANG HAMBA KE TANAH HARAM..PERJALANAN YANG PENUH DENGAN AIR MATA

Banggakah Kita Menjadi Ketua

Ramai orang yang berbangga menjadi seorang ketua atau boss. Tapi untuk menjadi seorang ketua ni tidaklag mudah. Kita bukan sahaja di pertanggungjawabkan dengan urusan dunia tetapi juga dengan urusan akhirat.

Setiap apa yang berada di bawah tanggungjawab kita akan dipersoalkan mungkin kita telah berjaya mentadbir urusan dunia tapi berjayakah kita mentadbir sebagai bekalan di akhirat...

Ramai yang mengejar pangkat dan darjat dunia tanpa menghiraukan ketinggian darjat disisi Allah S.W.T.

Sebagai ketua kita selalu berusaha meningkatkan prestasi kerja orang bawahan kita.dengan arahan arahan yang begitu membebankan contohnya bekerja pada masa cuti. Bekerja hingga lewat malam. Pernahkah kita fikir tentang tanggungjawab lain yang orang bawahan kita perlu laksanakan sebagai hamba Allah. Tanggungjawab ibu dan bapa pada seorang anak..tanggungjawab isteri.kepada suami tanggungjawab suami kepada isteri..tanggungjawab anak kepada ibu dan bapa..kalau berlakunya kepincangan didalam urusan itu,...kerana kita seorang ketua maka kitalah yang akan dibpertanggungjawabkan kelak.

Begitu juga urusan orang bawahan kita dengan Allah s.w.t. Pernahkah kita memberi kelapangan kepada mereka untuk beribadah. Pernahkah kita tetapkan untuk mereka bersolat tepat pada waktunya..atau kita membebankan lagi mereka dengan.urusan.dunia bilamasa mereka sepatutnya bersolat...

Begitulah besarnya tanggubgjawab kita sebagai ketua..tak mudah..tapi sering dianggap mudah..kerana kita leka dengan urusan dunia ...

Fikir fikirkanlah sama ada kita telah bersedia untuk menjadi seorang ketua yang baik di sisi Allah.

ANAK ANAK ABAH

Anak anak semasa berumur 5 tahun

Mak Cik Asmah Sakit

Pukul 11 tadi dapat call dari kawan bagi tau mak dia sakit di Batu Kurau. Sakit perut katanya dan nak dibawa ke hospital. Tanpa lengah terus bersiap utk bantu apa yg boleh. Bg tau wife kata nak ke hospital...dan pinjam kereta wife..ehem ehem maklumlah kereta aku petrol tak isi...tak pe wife tak kisahpun....sbb dia memang memahami...so tanpa lengah terus kehospital Taiping menunggu. Sampai je Faiz dgn mak cik aku terus ambil kerusia roda utk bawa masuk.. mak cik nampak sakit sangat....aku tolong bawa utk pemeriksaan dan pas tu aku tolong register...tunggu Dr lama betul utk panggil sbb dah ikut zon kritikal... Dr check suspect kencing kotor..diminta utk ambil sampel urine..akupun tolak mak cik pi ambil sampel urine dan hantar mak cik untuk cucuk voltarone..ubat tahan sakit...pas tu aku bagi mak cik baring di katil dan hantat sampel ke makmal...tunggu.sampai.dapat result..dah dapat result bawak berjumpa Dr..Dr suruh bawak mak cik.sekali..pi ambik mak cik di katil dengan kerusi.roda bawa jumpa Dr..Alhamdulillah keputusan.negative...so Dr still bg ubat set utk kencing kotor sbb tanda tanda sakit mcm kencing kotor...selesai ambil ubat aku bawa mak cik keluar dan minta Faiz tunggu di luar dengan kereta...selesai semua puk 2.22 pagi..aku terus balik umah....semoga mak cik sembuh..InsyaAllah..harap dapat tdo lah ye aku ni....dah pukul 2.55.am masa aku selesai menulis...

Masih Selamatkah Kita di Bumi Malaysia

Malaysia kini lantang memboikot barangan Israel...pelbagai cara digunakan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia menyedari kepentingan memboikot barangan Israel bagi membantah serangan Israel keatas Palestine yang telah mengorbankan banyak nyawa yang tak berdosa di bumi Palestine. Aku juga secara langsung dan tidak langsung memboikot barangan Israel diantaranya Mc Donald
Dalam melancarkan kempen memboikot ni ada juga manusia yang tak berakal dengan mencetuskan keganasan sampai meludah pekerja yang bekerja di syarikat syarikat berkaitan dan ada juga yang sampai membakar bendera Israel...bagi aku cara menjatuhkan sesebuah negara ada pelbagai cara dan tak semestinnya melalui keganasan... memboikot sudah cukup bagi kita di Malaysia untuk melumpuhkan ekonomi Irael..itupun dikira jihad...berdoa juga senjata orang mukmin dalam menentang kezaliman...tapi susah nak membuka minda sesama manusia berkaitan perkara ni....walaupun mcm tu satu ja yang bermain dalam kotak fikiran aku sekarang...selamatkah lagi bumi Malaysia ni...persiapan untuk peperangan perlu dibuat dari sekarang kerana Malaysia bukan sahaja related menjadi kemarahan Israel tapi juga golongan Syiah di Syria kerana dlm masa yang sama Malaysia juga terlibat dengan penentangan terhadap rejim Basyar di Syria yang membabitkan pembunuhan Ahlil Sunnah  oleh golongan Syiah...

Kini Malaysia telah meletakkan negara dlm zon permusuhan dengan Israel dan Syiah...kedua dua musuh ini secara nyata memang berada dekat dengan negara kita kerana Singapore adalah penyokong kuat Israel dab bersedia pada bila bila masa untuk menyerang Malaysia secara langsung atau tidak langsung...manakala golongan Syiah pula memang sedia ada di dalam negara dan mereka sentiasa dalam keadaan sedia untuk merampas pentadbiran negara bagi meluaskan pengaruh Syiah...bagi mereka darah Ahli Sunnah adalah halal di tumpahkan

Sebagai rakyat Malaysia aku tak dapat menipu diri aku bahawa aku utk mengatakan aku tak fikir akan berlaku peperangan di Malaysia dlm jangkamasa yang tak lama. Harap kita sudah mampu dan bersedia utk menghadapi situasi tersebut...

InsyaAllah jihad tetap jihad...jihad kerana Allah S.W.T...harap umat Islam di Malaysia tidak lagi leka dengan huburan semata mata..bukalah minda....bersiap siagalah...demi agama dan negara...kerana dunia dah di penghujung...

Wajah wajah Ku

Wajah wajah ku bilamana meniti usia tua...

Perjalanan Seorang Hamba

Bersama sahabat baikku berbual di anjung rumah bercerita tentang kehidupan...mengakui akan kebesaran.Allah atas setiap setiap ketentuan...