Assalamualaikum...ni hasil penulisan aku yang pertama. Aku nak bercerita tentang Hypokalaemia. Mungkin ramai yang tak pernah dengar tentang hypokalemia ni . Untuk pengetahuan semua...ianya sejenis penyakit yang mana seseorang mengalami kekurangan potassium dalam darah. Aku ingin bercerita tentang penyakit ni sebab aku mempunyai seorang anak yang menghadapi masalah hypokalaemia. Anak aku mula mengidap masalah ni bermula dari usia 11 tahun dan kini telahpun berumur 16 tahun. Aku dahpun merujuk masalah ini kepada Doktor Pakar...
Sebelum bercerita tentang Hypokalemia amat penting kita mengetahui betapa pentingnya potassium dalam darah.
FUNGSI POTASSIUM
Potassium adalah mineral ketiga terbanyak dalam badan manusia. Ianya amat penting untuk memastikan keadaan tubuh badan berada pada tahap kesihatan yang maksima. Pengambilan Potassium adalah amat perlu dalam diet harian kita. Fungsi Potassium adalah untuk membantu otot-otot dan saraf agar berfungsi dengan baik, menjaga kesimbangan elektrolit dan menjaga keseimbangan asid-base di dalam tubuh serta membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi.
Tanda-tanda kekurangan Potassium :
Kekurangan potassium di dalam diet akan mengakibatkan tanda-tanda seperti kelesuan dan otot-otot menjadi lemah. Tanda-tanda yang lain termasuklah tindakbalas refleks yang tidak aktif ( inactive reflexes ), denyutan jantung luarbiasa, anemia dan pening yang teruk.
Seseorang itu juga boleh mengalami tekanan darah tinggi, sakit pada usus, bengkak pada gelenjar ( glands )dan kencing manis sebagai kesan serius kekurangan potassium.
Sumber-sumber penting : Makanan yang seimbang mesti mengandungi kuantiti potassium yang bersesuaian seperti yang dicadangkan oleh pakar pemakanan. Dalam menyenaraikan sumber makanan penting yang kaya potassium,kita boleh bermula dengan buah-buahan citrus ( buah-buahan yang menghasilkan jus yang tinggi kandungan asidnya ), sayur-sayuran dan bijirin. Selain itu, ikan salmon, ayam, susu penuh, jus buah-buahan segar dan almonds dikenali sebagai sumber yang kaya dengan potassium. Kekacang, lima bean, ubi dan ternakan ayam dan itik ( susu dan daging )juga termasuk dalam senarai ini. Walau bagaimanapun, sumber potassium yang paling penting ialah pisang.
KESAN KEKURANGAN POTASIUM
* Angin ahmar ( stroke ) – Potassium memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi
otak yang normal. Ia adalah sangat penting dalam mencegah berlakunya angin ahmar dalam
otak manusia. Seseorang yang diserang penyakit ini biasanya didapati kekurangan potassium.
* Paras gula rendah dalam darah - Turunnya paras potassium dalam darah menyebabkan
paras gula dalam darah menjadi rendah. Jatuhnya paras gula dalam darah menyebabkan kita
berpeluh, pening kepala, badan lemah, menggeletar dan cemas. Pengambilan potassium
klorida dan sodium memberi kelegaan segera.
* Masalah otot – Potassium memainkan peranan penting dalam penguncupan otot. Jumlah
potassium yang mencukupi diperlukan untuk penguncupan dan pengenduran otot.
Kebanyakan ion potassium dalam badan manusia hadir dalam sel-sel otot. Ia mengekalkan
fungsi otot dan mengoptimakan ( menjadikannya paling baik ) sistem saraf.
* Kekejangan otot – Kekejangan otot disebabkan oleh kekurangan potassium di dalam darah. Ia
juga dipanggil hypokalemia. Dengan memakan sebiji pisang setiap hari mencegah kekejangan
otot. Pisang adalah kaya dengan potassium.
* Fungsi otak – Saluran-saluran potassium memainkan peranan penting untuk mengekalkan
pengaliran elektrik pada otak dan seterusnya memberi kesan pada fungsi otak.Ia juga terlibat
dengan fungsi otak yang lebih rumit seperti daya ingatan dan pembelajaran. Penyakit yang
serius seperti epilepsy berkaitan dengan fungsi saluran-saluran potassium.
* Tekanan darah – Potassium dapat membantu mengurangkan kesan sodium dalam
mengakibatkan tekanan darah yang tidak stabil.Ia bertindak sebagai komponen yang penting
dalam mengekalkan tekanan darah yang normal dalam badan manusia. Jadi, ia
mengurangkan lagi kemungkinan menghidapi sakit jantung dan tekanan darah tinggi.Mineral
ini berfungsi menstabilkan tekanan darah.
* Keresahan dan tekanan – Potassium adalah amat penting kepada orang yang mengalami
keadaan mental yang tidak diingini seperti keresahan dan tekanan. Ia dianggap sebagai
penghapus tekanan yang sempurna. Oleh itu, ia memastikan fungsi otak yang berkesan.
* Kekuatan otot – Inilah manfaat potassium yang amat dihargai. Ia memastikan pertumbuhan
tisu-tisu otot dan penggunaan tenaga yang dibebaskan semasa metabolisme dengan baik.
Ini menambahkan lagi kepentingannya dalam kekuatan otot. Otot-otot ini termasuk otot
jantung adalah terdedah kepada bahaya lumpuh ( paralysis ) disebabkan kekurangan
potassium dalam makanan. Otot juga akan menjadi kejang akibat kekurangan potasium.
* Metabolisme - Ia membantu dalam proses metabolik berbagai zat seperti lemak,
protein dan karbohidrat. Jadi, potassium amat bernilai dalam menyerap tenaga dari zat-zat
yang dimakan manusia.
* Masalah jantung dan buah pinggang – Manfaat potassium mengekalkan kesihatan yang baik
untuk jantung dan buah pinggang. Ia memainkan peranan yang tiada gantinya dalam
melancarkan perjalanan jantung dan buah pinggang. Selain daripada itu, potassium
membantu buah pinggang mengeluarkan sisa-sisa buangan melalui proses perkumuhan.
Adalah dinasihati supaya nasihat doktor diperolehi untuk mendapatkan cadangan tentang dos.
* Imbangan air – Potassium mempunyai satu lagi peranan penting iaitu mengekalkan imbangan
air yang diperlukan dalam badan. Terdapat berbagai-bagai sel yang memerlukan imbangan air
yang baik untuk berfungsi. Potassium membantu sel-sel ini mendapatkan imbangan airnya.
* Elektrolit ( Electrolyte ) – Potassium memainkan peranan yang penting sebagai elektrolit
( sejenis cecair di mana arus elektrik mengalirmelaluinya ). Ia membantu dalam mengawal
tahap cecair ( fluids ) dalam badan. Ia juga melakukan beberapa fungsi badan yang kritikal.
* Sistem saraf - Potassium membantu meningkatkan tindakbalas saraf untuk menghantar
pesanan dari satu sel ke sel yang lain. Seterusnya, ia membantu penguncupan otot dalam
melakukan pelbagai aktiviti harian.
Contoh makanan rendah, sederhana dan tinggi potassium
JENIS MAKANAN |
Rendah potassium(<50 mg/serving)
|
Sederhana potassium(50-100mg/serving)
|
Tinggi potassium
(>100 mg/serving)
|
produk tenusu
|
Non-dairy whipped topping
|
Susu
Susu soya
yogurt
ais krim
coklat
| |
Roti dan bijirin
|
White bread, white rice, cereal, noodle and oat
|
Bran bread, muffin.
| |
Buah- buahan
|
Strawberry, Plum, Tembikai, Beri, Buah Koktel, Lemon dan Epal jambu,
|
Nanas, pic, Limau dan
Rambutan
|
Avocados, pisang,
durian, Cempedak
Nangka, Mata kucing
Buah kering, tembikai susu, Kiwi, Mangos, betik and jus prun.
|
Sayuran
|
petola, peria, timun, kangkung, kubis, ketola, and lobak putih
|
Semua pelbagai jenis kacang, asparagus, tomato, dan labu
|
Batang pisang, jantung pisang, petai, sawi, cendawan, kentang, brokoli, ubi, Bayam dan kailan
|
makanan berprotein tinggi
|
mentega kacang, telur, ayam, ikan, daging babi, daging lembu.
|
Produk soya, dan kekacang.
| |
minuman
|
sirap
|
Barli, teh Cina dan jus tebu
|
Jus dalam tin, minuman coklat, kopi, air kelapa
|
Apa yang penting untuk and ingat adalah bahawa hampir semua makanan mengandungi potassium. Saiz hidangan akan menentukan sama rendah, sederhana, atau tinggi nilai potassium. Satu saiz hidangan makanan yang rendah potassium boleh menjadi makanan potassium yang tinggi jika diambil dalam kuantiti yang banyak.
Sebagai kesimpulan penyakit Hypokalaemia yang dihidapi oleh anak saya adalah sejenis penyakit yang terjadi akibat kekurangan potassium dalam darah. Hypokalaemia ini sendiri bermaksud ( Hypo=Rendah, Kal=Kalium/Potasium + Emia = Dalam darah ). Disebabkan itu anak saya kini perlu mengambil supplement yang di namakan Slow-K serta memakan makanan yang mengandungi potassium/kalium yang tinggi . Tanpa pengambilan yang konsisten akan menyebabkan anak saya ini tidak mampu menjalani kehidupan harian dengan sempurna sebagaimana kawan-kawan seusianya kerana saraf otaknya tidak dapat membantu beliau berfikir dengan baik malahan gagal untuk membezakan yang baik dan buruk. Setiap tindakan yang beliau lakukan dapat membezakan tahap kematangannya berbanding kawan-kawan seusia dengannya.
Beliau juga kelihatan agak malas menggunakan otot-ototnya untuk bekerja. Tidak aktif dan lebih suka merehatkan diri dan berbaring. Mempunyai anak-anak yang menghadapi masalah Hypokalaemia ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi daripada kedua ibubapa kerana anak-anak ini kelihatan normal dari aspek fizikal hakikatsebenarnya mereka ini memiliki kecacatan dalaman yang membawa kesan kepada tindakan luaran mereka. Mereka hanya akan kelihatan sakit dari aspek fizikal apabila kandungan potassium dalam darah mereka benar benar berkurangan.
Kandungan potassium yang normal dalam darah adalah diantara dari 3.5 - 5.0 mEq/liter. pengambilan harian yang normal kandungan potassium adalah 70-100 mEq (270 sehingga 390 mg/dl), Kebiasaannya sekiranya kandungan potasium dalam darah anak saya di dalam range 2.0 - 3.0 mEg beliau hanya akan menunjukkan perubahan dari segi tingkah laku dan pemikiran yang akan membuatkan ibubapa yang tidak memahami akan hilang kesabaran. Tetapi sekiranya kandungan potasium dalam darah beliau berada di bawah 2.0 mEg baru akan kelihatan perubahan dari bentuk fizikal dimana berlaku kekejangan pada tangan dan kaki malahan jari-jarinya juga akan membengkok dan tidak mampu berjalan dengan baik sehinggalah tahap dimana dia tidak mampu untuk bangun dari tidur yang membuatkan ibubapa akan menjadi panik. Sekiranya ini berlaku segeralah di bawa ke hospital kerana Doktor akan membuat tindakan pembetulan cepat (Fast Correction) pada kandungan kalium/potassium dalam darah pesakit pesakit. Di tahap potasium yang terlalu rendah ini juga tidak mustahil saraf-saraf pada jantung pesakit juga akan bermasalah dan ianya situasi yang amat merbahaya.
PENYEBAB PENURUNAN KADAR POTASIUM/KALIUM
Hypokalemia biasanya tidak disebabkan memakan makanan yang tidak baik.
Ianya berkemungkinan berlaku disebabkan Kehilangan yang berlebihan melalui saluran pencernaan ataupun kegagalan buah pingggang
Penyebab kehilangan potassium dari usus-usus mungkin disebabkan oleh :
- Muntah
- Cirit Birit
- Ileostomy: Pada beberapa pesakit yang telah menjalani pembedahan usus besar dan terbentuknya ileotomy, kehilangan potassium yang signifikan dapat terjadi.
- Villous adenoma (jenis dari polip kolon yang boleh menyebabkan kolon untuk membocorkan potassium)
- Penggunaan Laxative
Penyebab-penyebab kehilangan potassium dari buah pinggang:
- Ubat-ubatan Diuretic seperti hydrochlorothiazide (HCTZ) atau furosemide (Lasix)
- Paras corticosteroid yang naik, dari ubatan seperti prednisone atau dari sindrom Cushing
- Paras yang naik dari aldosterone, hormon yang dapat meningkat dengan stenosis arteri buah pinggang atau tumor-tumor adrenal
- Renal Tubular Acidosis (RTA)
- Paras magnesium tubuh yang rendah
Paras potassium yang rendah mungkin juga disebabkan oleh kesan sampingan dari beberapa jenis ubat:
- Aminoglycosides seperti gentamicin (Garamycin) atau tobramycin (Nebcin)
- Amphotericin B
- Prednisone
Terima kasih atas info...suami sy penghidap hypokalemia...mmg ada ciri² yg disebutkan...anyway bnykkn bersabar dan berdoa...
ReplyDeleteSalam.. sama dgn suami saya.. setiap tahun msti sekali dua masuk hospital sbb kurang potasium..
ReplyDelete